Sekali sekala, saya bawa isteri bersama-sama di program yang saya hadiri. Dengan beberapa tujuan. Pertama, untuk refresh ilmu yang dia miliki. Kedua, untuk jadi R & D saya. Selalunya dalam perjalanan balik, giliran saya pula yang mendengar kuliah dia dalam kereta....komen , cadangan penambahan fakta dan idea. Ketiga, dan ini sebenarnya tujuan paling utama , untuk membina hubungan saya dengan hadirin dari kalangan wanita. Memang sewaktu saya hadir bersendirian , soal jawab dan hubungan wujud tetapi dengan kehadiran isteri, ia lebih berkesan.
Di sebuah surau , isteri menceritakan bahawa dia memerhatikan salah seorang jemaah wanita yang sedang khusyuk mendengar kuliah . Bukan itu sahaja , bahkan kakak dalam lingkungan akhir 40-an itu sentiasa mencatat di buku yang dibawanya . Di setiap halaman catitan itu pula , ada yang dihighlight dengan warna hijau , pink , kuning dan sebagainya...yang menunjukkan yang dia membacanya kembali selepas pulang.
Sebelum kami pulang kakak tersebut mengiringi isteri saya ke kereta. Setelah bertanyakan khabarnya , saya cuba melanjutkan bicara "Nampak banyak akak catit kuliah tadi, bertambah semangat saya berkuliah..." saya bergurau.
"Beginilah ustaz , orang terlewat masuk sekolah" katanya.
Saya menjawab "Takpe kak, better late then never...Em, tiap-tiap hari ke macam ni ?".
"Alhamdulillah ustaz , sejak 4 tahun akak istiqomah hadir ke kuliah setiap malam...Kalau weekend, ditambah kuliah subuh dan kuliah dhuha...Tapi, em , tak pandai-pandai juga..."
Terkejut saya dan isteri mendengar pengakuan bercampur keluhan bersahaja ibu kepada 5 anak ini. Kami berpandangan sesama sendiri.
Kakak itu menyambung "Pagi, saya keluar rumah jam 7am, hantar anak bongsu ke sekolah, pastu ke pejabat. Sebelah petang, selepas pulang dari ofis, berehat sekejap dan mengemas rumah, terus bersiap ke surau....Dah jadi rutin sekarang ustaz..."
Bertambah kagum saya dengan semangat beliau. "Akak tak letih ke ?" soal saya.
"Separuh lebih umur akak dah diletihkan untuk mengejar dunia yang tak ke mana selama ini, jadi sekarang akak mesti qodha' balik umur yang Allah anugerahkan. Bahkan terasa begitu manis hadir ke majlis-majlis ilmu ni..."
Kami meminta izin untuk beredar. Setelah bersalaman dengan isteri saya, masing-masing meneruskan perjalanan. Saya dan isteri berbincang sepanjang jalan, sangat kagum dengan semangat si ibu tadi. Sebenarnya, ramai lagi yang dipilih oleh Allah untuk mendapat anugerah ini...kemanisan di dalam menuntut ilmu .
Benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w bahawa ada 2 perkara di dunia ini, sekiranya dikejar oleh manusia, manusia tidak akan cukup, sentiasa ingin menambahnya....HARTA dan ILMU....
Ya Allah, kurniakan kekuatan kepada kami untuk sentiasa memburu ilmuMu...
.

Assalamualaikum ustaz.. Buka la satu page facebook ustaz.. Kami anak2 muda sgt suka cara dan pendekatan ustaz sampaikan ilmu.. Cara mudah utk golongan muda dekati para ilmuan Islam skrg, blh ustaz ye.. Kami seronok dengar ilmu dr ustaz di tv.. InsyaAllah lebih ramai anak muda dan generasi pelapis kembali pd islam. Tq ustaz.
ReplyDelete