Katakan: Kalau kiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) perkataan Tuhanku, nescaya lautan itu menjadi kering sebelum habis perkataan-perkataan Tuhanku (dituliskan), biarpun Kami datangkan sebanyak itu pula tambahannya - Al-Kahfi : 109
Assalamu'alaikum,
Pertama-tamanya saya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah YANG MAHA MENGETAHUI yang memiliki segala ilmu dalam pengwujudan makhluk-makhluk ciptaanNYA.
Di saat ini, hari Selasa 23 Muharam 1430 bersamaan 20 Januari 2009; maka lahirlah blog ini. Terima kasih kepada pemilik blog sumber.INOVASI.intelektual yang terlibat dalam pembinaanya.
InsyaAllah, dalam ruang masa yang diizinkanNYA saya akan berkongsi sedikit ilmu yang dikurniakan dalam membongkar rahsia-rahsia kehebatan penciptaan Allah bersumberkan al-Quran dan Hadith - khususnya yang menjadi bahan asas dalam siri kuliah-kuliah Maghrib dan Subuh yang sempat saya sampaikan.
Semoga sedikit sumbangan melalui laman blog ini akan mendapat keredhaan Illahi. Amin.
Hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Syed Norhisyam
Ustaz,
ReplyDeleteFormat layout dikemaskini setakat 7:00pm 21 Jan:
ChatBox, sidebar listing, header...
Salam hjSab2
salam ustaz,
ReplyDeleteterima kasih kerana memberi ilmu.
smoga diberkati Allah selalu.
misi
Assalamu'alaikum wbt.
ReplyDeleteMoga-moga dengan perkongsian ilmu oleh ustaz dapat dimanfaatkan oleh semua diluar sana. Tahniah!
Terima kasih atas respon yang diberikan...saya masih baru di alam siber ini. Hanya Allah yang membalas jasa Tuan Haji Sabtu atas idea mewujudkan blog ini. Bukan sahaja idea , tetapi masa dan kepakaran tuan dalam membimbing saya agar berdakwah di sini. Komen dan nasihat semua , amat diperlukan dalam kita merealisasikan....MENJANA DI SINI...UNTUK BEKALAN DI SANA...
ReplyDeleteNota:
ReplyDeletekemudahan "Baca selanjutnya..." dalam post editor telah aktifkan hari ini - 7 Rabiul Awal 1431H
salam hjSab2